Al kisah seorang Manusia
Meh, aq nak cerita tentang seorang manusia berakhlak mulia tetapi ? Mulutnya berbisa.
Bukan niat aku nak mengaibkan dia, aku cuma mahu cerita pengalaman aku mengenal satu spesis manusia yang sifatnya luar biasa.
Mungkin ada je manusia yang lebih aneh sifatnya, tapi ini dari pengalaman aku semata.
Maaf ku pinta,
Jika ada yang terasa dan tersalah bicara.
Ok. Dia cuma manusia biasa, yelaah macam kite kite jer
First time aku kenal dia macam biaselah bertaaruf dan saling mengenali sesama kita. Memang aku tak pernah berada dalam situasi asrama dan mungkin inilah asbab yang utama menjadikan aku terkesima dengan sifat manusia yang pelik pelik belaka.
Hari berganti Hari,
Bulan berganti Bulan..
Harimau telahpun menunjukkan belang. How could it be? Well, we can't hide something so long.
First time memang i'll give it a chance (trust) but when u dont use it well, tak payah nak mimpi u will get it back.
Dia ni, baik orangnya.
Berbudi bahasa,
Sentiasa ceria,
Akhlak pun mulia,
Tetapi, bila dia mula berkata kata?
Semua manusia akan terdiam tak terkata. Kerna apa? Kerna dia pandai berkata kata,
Pandai dalam berbicara,
Yang silapnya dia ni,
Pandai buat buat cerita.
Menfitnah manusia, menuduh manusia dan pentingkan pandangan manusia berbanding pandangan-NYA.
Terlalu inginkan sokongan manusia,
Terlalu inginkan pujian semata,
Terlalu inginkan kuasa,
Sehingga terlupa siapa dirinya.
Terlupa dia hanya berpijak di bumi nyata.
Suka buat orang kecewa dengan kata kata dia,
Suka mengarah manusia dan tidak pernah rase dirinya juga perlu mencium dunia.
Tak pernah kesah tentang pandangan manusia kerana terasa dirinya sudahpun mulia.
Kerana terasa ilmu sudah penuh di dada.
Jangan hanya kerana ilmu berada di meja kau akan mewarisi segalanya,
Jangan kerana kau mencari ilmu dan kau boleh memperlekehkan manusia.
Haih, ilmu yang buatkan kita RIAK UJUB dan TAKABUR itu bukanlah ilmu yang telah kau dalami sepenuhnya kerana apa?
Ilmu yang sebenar ialah ilmu yang membuatkan kita terasa lebih cetek ilmunya, terasa lebih kecil dipandangan manusia lebih lebih lagi pandangan TUHAN kita yang ESA
Kau tak suka manusia tegur kau di depan manusia lain kerana itu bukanlah teguran bahkan ingin mengaibkan. Tapi apa yang telah kau lakukan? Kau terus dan berterusan melakukan hal itu kepada orang lain. Bila terkena pada diri sendiri? Kau mula berkata kata dan menyalahkan manusia bagaikan kau tak berdosa. Kau kuat bercerita tentang keburukan manusia dengan bangga sedangkan manusia itulah yang telah kau aniaya sebelumnya. Manusia itulah yang kuat berjasa, tetapi kau tutup segala kebaikannya dengan menceritakan satu keburukannya walhal pada asalnya salah kau juga.
"manusia memang pandai bercakap semata"
Tanpa kau sedar Allah telahpun menguji kau dalam berkata kata.
Sekarang aku dan mula penat dengan drama manusia.
Sudahlah tamat kisah pengalaman aku dan itulah manusia yang bertalam dua muka.
-Miss curious
Comments
Post a Comment